Sabah for sabahan” adalah Suara kebangkitan rakyat sabah : Ketua Pergerakan UMNO Kota Belud Perlu menilai sejarah kebangkitan Nationalis Sabah
Kota Belud, 14hb Mei 2025 : Walter Mark Mukis, Ketua Penerangan Parti STAR Sabah, Parlimen Kota Belud merasa terpanggil untuk memberi respons terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kota Belud, Samri Moksan, yang mempersoal slogan keramat "Sabah for Sabahan" serta kenyataan Presiden Parti STAR, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan.
Pertama sekali, Samri sepatutnya sebagai anak jati Sabah dapat menilai dan memahami sejarah negeri sendiri dan intipati sebenar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) secara meluas terutama dari segi kebangkitan nasionalis pemimpin pemimpin sabah diera awal kemerdekaan.
Slogan "Sabah for Sabahan" bukanlah retorik kosong mahupun naratif pemisah seperti yang dituduh secara membuta tuli. Ia adalah satu aspirasi hakiki yang lahir daripada sejarah penubuhan Malaysia, yang mana Sabah adalah rakan pengasas dan bukan negeri jajahan seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak.
Orang yang menentang slogan ini sepatutnya meluangkan masa membaca sejarah MA63, Laporan IGC, dan dokumen penting lain sebelum memberi komen terhadap seorang pemimpin besar orang asal Sabah seperti Dr. Jeffrey Kitingan, pemimpin yang selama ini konsisten memperjuangkan hak-hak Sabah yang telah lama diketepikan.
Para pemimpin di Negara ini perlu menyedari bahawa slogan ini sebenarnya bukan digunakan di sabah sahaja tetapi kebanyakan wilayah atau negeri yang mempunyai atau mengalami situasi yang sama dengan sabah ketika ini. “Sarawak for Sarawakian” miasalnya digunakan secara tidak rasmi oleh kerajaan GPS untuk menekankan autonomi negeri, hak rakyat temptan dan pengiktirafan MA63. Di luar Negara, kita melihat rakyat Scotland menggunakan slogan “Scotland for the scots” didalam gerakan autonomi agar rakyat mereka diberi keutamaan didalam mentukan dasar dan tabir urus.
Oleh itu, dasar slogan “sabah for Sabahan” ini hanya membawa semangat kesatuan antara rakyat sabah dan penduduk asal sabah atau anak jati sabah untuk diberi keutamaan dalam aspek pembangunan, pekerjaan, ekonomi dan autonomi di sabah ini.
Oleh itu, Kenyataan untuk menyamakan perjuangan untuk autonomi dan keadilan dengan hasutan adalah satu penghinaan terhadap maruah rakyat Sabah.
Soalannya, Adakah memperjuangkan hak negeri sendiri dalam kerangka perlembagaan dianggap sebagai ancaman kepada negara?
Atau adakah pemimpin yang tidak senanda ini takut kepada kebangkitan kesedaran rakyat Sabah yang tidak lagi mahu tunduk kepada naratif politik pusat yang menindas?
Kami di STARSabah menolak politik picisan dan tunduk kepada naratif sempit Malaya.
Kami berdiri teguh bersama rakyat Sabah untuk menuntut pelaksanaan penuh MA63, pemulangan hak-hak yang terhakis, dan memastikan Sabah mendapat layanan adil sebagai rakan kongsi yang setaraf dalam Persekutuan Malaysia.
Dengan itu, Seharusnya Ketua Pergerakan UMNO Kota Belud dimohon untuk lebih berhati hati didalam memberi kenyataan tentang perkara ini. Jika benar beliau mewakili suara pemuda Sabah, maka beliau wajar terlebih dahulu memahami denyut nadi rakyat Sabah yang semakin celik sejarah, celik perlembagaan dan tidak mudah lagi diperbodohkan dengan retorik kosong.
"Sabah for Sabahan" bukanlah seruan perpecahan, tetapi seruan keadilan. Yang takut pada keadilan, selalunya mereka yang sedang menikmati hasil ketidakadilan itu sendiri."

No comments:
Post a Comment