GRS AKAN MUKTAMADKAN KEPUTUSAN KERJASAMA PADA JULAI 2025
Kota Kinabalu, 11 Jun 2025 : Berbaki beberapa bulan, DUN ke-16 Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November 2025, jika tidak dibubarkan sebelum tarikh tersebut.
Melihat keadaan semasa, Sabah seperti sudah bersedia menghadapi PRN ke-17. Baru -baru ini, Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata bahawa GRS telah siap sedia berdepan PRN-17.
Beliau juga mengatakan bahawa AMT GRS akan memutuskan, kaedah berdepan pilihan raya, samada bekerjasama dengan BN/PH atau sebaliknya pada mesyuarat Julai ini.
Suara akar umbi mahukan GRS bergerak solo, selepas BN/PH dengan angkuhnya mengumumkan kerjasama mereka menghadapi PRN akan datang di Sabah semakin lantang sehingga BN dan PH terlihat pucat dan menyesal dengan pengumuman tersebut.
Seterusnya, Pengerusi PH membuat ugutan halus kepada pemimpin-pemimpin Sabah dalam ucapannya di Majlis Perasmian Kaamatan 2025. Tujuan ucapan tersebut adalah untuk bekerjasama, tetapi apa yang keluar di mulut tidak sama dengan apa yang tertulis di hati.
Walau bagaimanapun, bersama kita nantikan keputusan AMT GRS pada Julai nanti.
Apapun keputusan yang mereka ambil, mungkin itulah yang terbaik untuk Sabah pada masa kini.
Wallahualam
