GRS MASIH KUKUH, TERUSKAN SOKONGAN DEMI KEMAJUAN SABAH
Kota Kinabalu, 8hb Mei 2025 : Pengarah Komunikasi Parti StarSabah, Datuk Jalumin Bayogoh menyokong penuh kenyataan YAB Ketua Menteri Sabah bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal utuh, bersatu dan masih menjadi pilihan utama dalam membawa kemajuan kepada negeri ini, walaupun terdapat cubaan pihak lawan untuk menggambarkan sebaliknya.
Datuk Jalumin Bayogoh menegaskan bahawa kerjasama antara parti-parti komponen semakin kukuh dan bertambah mantap. Keakraban dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pemimpin utama gabungan ini membuktikan bahawa GRS berada di landasan yang betul.
Rakyat Sabah harus menilai berdasarkan fakta dan pencapaian sebenar, bukan retorik atau persepsi yang dimainkan oleh pihak lawan.
Sejak penubuhan kerajaan di bawah GRS, pelbagai perubahan positif dan penambahbaikan telah dilaksanakan. Baik dari segi pembangunan luar bandar, pembelaan hak rakyat mahupun reformasi pentadbiran.
Jika kita mahukan Sabah yang lebih maju, stabil dan progresif, maka sokongan padu kepada kerajaan sedia ada amatlah penting.
GRS adalah gabungan yang lahir dari semangat muafakat dan perjuangan untuk rakyat, dan kami akan terus bekerja keras demi masa depan negeri tercinta.
Datuk Jalumin Bayogoh juga menyeru rakyat Sabah supaya berganding bahu untuk memastikan kemajuan ini berterusan dan tidak diganggu oleh agenda politik yang hanya mahu memecah-belahkan rakyat.
Tamat

No comments:
Post a Comment